Pasukan ILPKL Motorsport telah dirasmikan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Datuk Chin Phaik Yoong pada 23 September 2014. Objektif utama penubuhan pasukan ini ialah untuk mempromosikan ILPKL kepada masyarakat melalui sukan pemotoran.
Sehingga hari ini pasukan Motorsport ILPKL telah menghasilkan 3 buah jentera kart dan sebuah kereta drag. |
Kejayaan yang telah dicapai oleh jentera Satria Neo ialah:
- Tempat kelima di dalam kategori kelas H, Melaka Time Attack Wars 2015, di MITC Melaka
- Tempat ketiga di dalam Kelas J, KLFX Superspeed Malaysia Finale 2016
- Tempat ke enam di dalam Revmax Time Attack 1st Anniversary 2017 di MITC Melaka.
Jentera perlumbaan go kart pula telah menyertai 2 kejohanan eimaRace pada tahun 2015 dan 2016 seta berjaya berada di kedudukan ke 5 di dalam pertandingan 2015, manakala pertandingan eimaRace 2016 berakhir dengan tanpa sebarang keputusan rasmi kerana insiden yang berlaku semasa sesi perlumbaan sedang berjalan.
Sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan pembinaan jentera perlumbaan pasukan ILPKL Motorsport telah bekerjasama dengan beberapa syarikat seperti SRT Racing, FSA Racing, Idea Cad Technology dan Mentari Academy, untuk mendapatkan khidmat nasihat serta mempelajari teknik pembinaan jentera perlumbaan yang berkesan.
Kerjasama di antara Pasukan Motorsport ILPKL dengan Pesona Aman Sdn Bhd (Pesona Aman) yang bermula pada 12 April 2017, telah membuka ruang untuk pasukan Motorsport ILPKL bergiat secara aktif di dalam perlumbaan go kart profesional, sehingga Ogos 2017, ILPKL telah terlibat di dalam 3 siri kejohanan Rotax MAX challenge (www.facebook.com/rotaxasia) yang melibatkan peserta dari pelbagai negara Asia seperti India, Taiwan, Indonesia, Hong Kong dan Thailand.
Untuk memantapkan lagi pengetahuan pelajar berkaitan dunia Automotif, ILPKL sedang bekerjasama dengan Pesona Aman untuk membangunkan 20 buah jentera kart dengan menggunakan enjin Modenas. Sebanyak 5 unit kart yang pertama telah diterima pada 8 Ogos 2017 dan kart pertama telah berjaya disiapkan pada 15 Ogos 2017.
Sukan pemotoran menawarkan pendapatan yang lumayan. Secara kasar mekanik terlatih berpeluang meraih pendapatan sehingga RM5000.00 untuk satu kejohanan (5 hari bekerja) bergantung kepada lokasi di mana kejohanan tersebut diadakan.